Kemudahan yang disediakan oleh KUIS

23 01 2009

Kemudahan Pembelajaran

  • Bilik kuliah dilengkapi kemudahan LCD dengan 40-50 muatan
  • 4 dewan kuliah dengan 200 kapasiti setiap satu
  • Auditorium dengan 500 kapasiti
  • Perpustakaan dengan jumlah 40,000 koleksi naskhah untuk keperluan  pembelajaran dan penyelidikan
  • 8 makmal komputer dilengkapi kemudahan internet

    Kemudahan Penginapan

    •    KUIS menyediakan 9 blok qariah kediaman kepada pelajar dengan 24jam  kawalan keselamatan dilengkapi dengan kemudahan asas
    seperti  kafetaria,  kedai koperasi, dobi, perkhidmatan pengangkutan,  cyber café, WiFi hotspots dan kemudahan ATM.

    Pembiayaan Pendidikan

    1. Tabung Biasiswa Rektor
    2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
    3. Dermasiswa Kerajaan Negeri
    4. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
    5. Majlis Agama Islam Selangor
    6. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
    7. Bank-bank Tempatan




    Sultan Selangor lancar tafsir Perbendaharaan al-Quran edisi pertama KUIS

    22 01 2009
    perbendaharaan
    Sultan Selangor lancar tafsir Perbendaharaan al-Quran edisi pertama KUIS sempena malam Nuzul Quran
    Kitab tafsir Perbendaharaan Al-Quran terbitan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), disempurnakan pelancarannya oleh DYMM Sultan Selangor, di masjid As-Salam, Puchong Perdana, Petaling pada 16 September lalu, bersempena majlis sambutan Nuzul Quran dan berbuka puasa.

    Perbendaharaan Al-Quran edisi pertama mengupas secara terperinci surah al-Fatihah, di samping membicarakan pengenalan kitab suci al-Quran, ilmu tafsir  dan  kaedah  penulisan  tafsir.  Ia  mengandungi

    255 halaman dengan disulami ilustrasi gambar-gambar menarik pada halaman tertentu bagi menggambarkan keagungan penciptaan Tuhan yang dinukilkan melalui ayat-ayat suci al-Quran. Projek penulisan Perbendaharaan al-Quran ini dhasilkan dengan sokongan padu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan ditaja oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

    Turut hadir di majlis pelancaran tafsir Perbendaharaan al-Quran dan berbuka puasa itu ialah Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Mohd Adzib Haji Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Ramli Mahmud, Orang Besar Daerah dan Ketua-Ketua Jabatan di negeri Selangor.

    Lembaga Penyelidikan dan Penulisan Perbendaharaan al-Quran dipengerusikan oleh Rektor KUIS, Dato’ Haji Mohd Adanan Islam manakala Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Haji Sulaiman Ibrahim el-Barruhiy bertindak selaku Ketua Penyelidik dan Penulis karya tafsir ini.

    Projek penerbitan Perbendaharaan al-Quran itu telah mendapat perkenan restu DYMM Sultan Selangor yang memberi izin kepada MAIS dan KUIS. Projek yang menelan belanja RM2.3 juta itu akan mengambil masa lima tahun bagi menafsirkan 30 juzuk kandungan al-Quran yang sekali gus menambah koleksi kitab tafsir dalam bahasa Melayu.

    Dalam prakata penerbitan ini, Mufti Selangor, Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Haji Abdul Wahid berkata, penerbitan karya tafsir dalam bahasa Melayu itu akan membantu umat Islam di Malaysia yang kurang berkemampuan memahami bahasa Arab memahami isi kandungannya dengan jelas dan mudah.

    “Sayugia al-Quran ini dihayati dan dipraktikkan setiap isi kandungannya secara total kerana ia terbukti sesuai dan menepati keperluan umat manusia sepanjang zaman bagi menegakkan keadilan, kesejahteraan, kedamaian dan ciri-ciri universal sebagai ramat kepada sekalian alam,” katanya.

    Kitab tafsir Perbendaharaan al-Quran akan diwakafkan kepada masjid-masjid di seluruh Selangor. Segala pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Korporat dan Pengantarabangsaan KUIS di talian 03-89254251 sambungan 1122 atau e-mel info@kuis.edu.my.





    Buku Terbaru Terbitan KUIS

    22 01 2009
    ibn_khaldun_m Tajuk : The Muqaddimah of Ibnu Khaldun- Religion,
    Human Nature and Economics

    Pengarang :  Prof Madya Dr Syed Omar Syed Agil

    Penerbit : Kolej Universiti Islam Antarabangsa
    Selangor (KUIS)

    Harga: RM30 (Kulit Nipis), RM50 (Kulit Keras)

    Buku ini mengupas sudut pandangan, idea dan gagasan pemikir dan ahli sosiologi Islam terkenal, Abdul Rahman ibn Khaldun (1332 – 1406M) atau lebih dikenali sebagai Ibnu Khaldun, dari sudut agama, tabie manusia dan ekonomi. Pengarang buku ini, Dr Syed Omar Syed Agil mengimbas dan menghimbau sosok pemikiran ahli sosiologi ulung Islam ini berdasarkan persepktif Islam
    yang menggabungkan penyelidikan bersifat multi-disiplin. Merurut pengarang, analisis ekonomi Ibnu Khaldun adalah beradasarkan teori manusia dan masyarakat yang dibina berdasarkan pandangan sarwa hidup Islam. Keadaan ini jelas ditampilkan dalam model dan teori ekonomi yang dikemukakannya.
    Ibnu Khaldun, hujah pengarang ini telah menggunakan logik induktif dan deduktif sebagai metodologi ekonomi dalam pembinaan undang-undang dan hukum ekonomi. Di samping itu, apa yang tidak kurang pentingnya ialah peranan kekuasaan politik dalam pembangunan ekonomi dan sosial. Kajian ini juga meneliti bagaimana dasar-dasar kerajaan memberi pengaruh terhadap motivasi, pertumbuhan penduduk, migrasi, kemakmuran ekonomi, perkembangan perniagaan dan pendapatan kerajaan.
    Sebagai ahli akademik, Dr Syed Omar telah menampilkan daya imaginasi dan kreativiti yang cukup tinggi melalui karya penulisan. Buku ini sesuai dimiliki oleh penggubal dasar, pemimpin, ahli akademik, penuntut dan malah sesiapa sahaja yang berminat untuk memahami dan mendalami pemikiran Ibnu Khaldun dalam bidang ekonomi.

    Cara belian

    Sila poskan wang pos / kiriman wang RM40 (berkulit nipis + penghantaran RM10) atau RM60 (berkulit keras + penghantaran RM10) atas nama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ke:

    Jabatan Pembangunan Korporat & Pengantarabangsaan,
    Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
    Bandar Seri Putra, 43600 Bangi,
    Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

    Sila sertakan nama anda, alamat dan nombor telefon.

    Atau belian secara tunai di Jabatan Pembangunan Korporat & Pengantarabangsaan,

    Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).




    Temui Krew Pemasaran KUIS di Tempat-Tempat Berikut

    21 01 2009

    Bagi Pelajar Kelulusan SPM, STPM, STAM, IJazah Sarjana, sila berkunjung ke Lokasi-lokasi berikut untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Peluang Melanjutkan Pengajian serta Syarat Kemasukan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

    I-Fest – Mid Valley Megamall 22 hingga 26 Jan 2009
    KPT- Perlis (Dewan 2020) 30 ,31 Jan – 01 Feb 2009
    KPT – Sabah (I Borneo Kota Kinabalu) 13,14,15 Feb 2009
    KPT – Pahang (Dewan UMP) 27,28 Feb – 01 Mac 2009
    KPT – Malaka (MITC Ayer Keroh) 13,14,15 Mac 2009
    KPT – P.Pinang (Dewan Peperiksaan ABCD -USM) 21,22 dan 23 Mac 2009
    KPT- Sarawak (Stadium Perpaduan Petrajaya) 27,28,29 Mac 2009
    KPT-Johor (Plaza Angsana) 03,04,05 April 2009